hye fellas , fatin syamira here ;) sweet sixteen . seriously been taken ;)
Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: eyya candied .
|
1000 burung kertasss .

okke :) tadi aku ade bace satu cerita nihh .. so sweet :) so , aku teringin nak sharee katt sinih . read n enjoy it :)
sewaktu boy dan girl di alam percintaan . boy melipat 100 burung kertas lalu menggantungkannya di bilik girl .boy mengatakan 100 burung krtas itu menandakan100 ketulusan hatinya .
girl dan boy merasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah sekali .
tetapi entah mengapa di suatu hari girl mula menjauhi boy . girl memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah ke perancis serta menetap di kota paris tempat impiannya selama ini .
sewaktu girl mahu memutuskan hubungannya dengan boy , girl memberitahu boy . '' kita harus melihat dunia dari sudut yang matang . perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya . aku harus mengambil kesempatan ini dengan sebaiknya . kamu terlalu miskin , aku tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah berkahwin !''
setelah girl pergi ke perancis , boy bekerja keras bagi membuktikan bahawa dia juga boleh berjaya . boy melakukan banyak kerja . diap ernah menjual buku , menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan . setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dan hati yang cekal .
selang beberapa tahun ....
berkat usahanya tanpa henti dan dorongan kawan-kawan , akhirnya boy berjaya memliki sebuah syarikat berjaya . dia berjaya menjadi lelaki yang kaya , tetapi hatinya masih teringat2 pada girl . boy tetap tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak dihatinya .
di suatu hari , hujan turun , boy dari keretanya melihat sepasang suami isteri tua berjalan perlahan dihadapannya. dia amat mengenali mereka . mereka adalah orang tua girl .
hati boy berdetik . dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak hanya mempunyai kereta sendiri , tetapi juga mempunyai villa indah dan syarikat sendiri . boy ingin mereka tahu bahawa dia bukan seorang yang miskin lagi tetapi kini seorang majikan yang kaya .boy memandu kertanya perlahan sambil mengekori kedua orang tua tersebut .
hujan terus turun , tanpa henti . walaupun kedua orang tua itu menggunakan payung tetapi badan mereka tetap basah kerana hujan .
sewaktu mereka sampai ke destinasi , boy tercengang melihat apa yang ada di depan matanya . ia adalah sebuah tanah perkuburan . boy mengikuti orang tua girl . mereka berdiri dihadapan sebuah kubur . boy melihat tulisan yang terdapat di batu nisan terpahat nama girl yang dirinduinya .
di samping kuburnya yang kecil , tergantung burung2 kertas yang pernah dibuatkan boy , dalam hujan burung2 tersebut kelihatan begitu hidup .
orang tua girl memandang boy lalu memberitahu , '' GIRL TIDAK PERGI KE PARIS , GIRL DISERANG BARAH . GIRL TELAH PERGI KE SYURGA . GIRL INGIN BOY MENJADI SEORANG YANG BERJAYA DALAM HIDUP DAN MEMPUNYAI KELUARGA YANG HARMONI . MAKA GIRL TERPAKSA BERBOHONG PADA BOY DAHULU .GIRL ADA MENYATAKAN YANG DIA SANGAT MENYINTAI BOY , DIA PERCAYA KALAU BOY BERUSAHA BOY PASTI AKAN BERJAYA .GIRL TURUT MENGATAKAN , JIKA SUATU HARI NANTI BOY DATANG KE KUBURNYA , DIA AMAT BERHARAP SUPAYA BOY MEMBAWAKAN BEBERAPA BURUNG KERTAS UNTUKNYA LAGI ''
boy lalu berlutut , berlutut di hadapan kubur girl . menangis semahu-mahunya dengan begitu sedih sekali .
hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti , membasahi sekujur tubuh boy .boy teringat senyuman girl yang begitu manis dan tulus . mengingati semua itu , haitnya mula menitiskan darah .
sewaktu orang tua girl melangkah pulang dari tanah perkuburan , mereka melihat boy sudah membuka pintu keretanya untuk mereka . lagu sedih kedengaran dari dalam kereta tersebut .
''hatiku tidak pernah menyesal semuanya hanya untukmu 1000 burung kertas 1000 ketulusan hatiku beterbangan di dalam angin menginginkan bintang yang lebat bertebaran di langit melewati sungai perak apakah aku dapatbertemu denganmu kembali ?aku tidak takut berapa pun jauhnya hanya aku ingin sekarang berlari terus kepadamumasa lalu seperti asap , hilang dan takkan kembali menambah kerinduan dihatikubagaimanapun dicarijodoh kehidupan ini pasti tidak akan berubah''.
Old things | New things
|